Perkhidmatan Sewa Lori Pindah Rumah & Pejabat
Adakah berpindah ke rumah baru menjadi satu tanggungjawab yang berat untuk anda?
Anda tidak perlu lagi bimbang kerana kami adalah pakar tukang pindah yang dapat membantu anda untuk berpindah rumah dengan lancar. Kami sememangnya terlatih untuk memberikan perkhidmatan yang paling cepat dan memuaskan kepada anda, tidak kira sama ada anda berpindah ke rumah teres ataupun ke kondominium yang tinggi.
Syarikat kami telah lama memberi perkhidmatan dan berpengalaman dalam industri pindah memindah dan perkhidmatan sewa lori. Oleh yang demikian, kami mempunyai kepakaran untuk memindahkan pelbagai jenis barangan rumah, sama ada ianya yang kecil atau yang besar. Keselamatan barang-barang anda yang berharga adalah di utamakan supaya ia selamat sampai ke destinasi yang telah ditentukan.
Kami ada menyediakan lori-lori yang boleh memuatkan barangan 1 tan, 5 tan, atau 10 tan untuk memenuhi keperluan anda. Perkhidmatan kami meliputi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan negeri-negeri yang lain.
Perkhidmatan kami merangkumi servis-servis yang tersenarai seperti berikut:
- Lawatan ke rumah untuk merancang pemindahan.
- Pembungkusan barang-barang.
- Bekalan pemindahan seperti kotak-kotak dan bahan-bahan pembungkusan
- Gudang tempat penyimpanan
- Pengendalian barang atau bahan, yang rapuh atau mudah pecah
- Pemindahan barang yang khusus, contohnya seperti piano
- Pengangkutan barang-barang dengan lori.
- Kerja-kerja pemasangan perabot.
Proses Pemindahan
Perancangan – Terlebih dahulu, kami mengkaji untuk memahami keperluan anda supaya sebutharga dapat diberikan kepada anda dan garis masa akan dapat di kenal pasti. Jika perlu, kami akan melawat kawasan asal pemindahan anda untuk merancang pemindahan tersebut.
- Pembungkusan – Pelanggan kami akan diberi pilihan sama ada untuk membungkus barang-barang mereka dengan sendiri ataupun mengupah kami untuk servis pembungkusan. Kami juga ada menyediakan bahan-bahan pembungkusan dan kotak-kotak yang baru. Ia bertujuan untuk memastikan supaya kotak-kotak tidak koyak semasa pemindahan.
- Pemuatan – Kotak-kotak dan barang-barang akan dilabelkan dan dimuatkan ke dalam lori dengan sistematik oleh pekerja-pekerja kami. Perabot yang besar akan dilindungi dengan balutan plastik ataupun dengan kain untuk mengelakkan ia dari kerosakan dan kekotoran.
- Mengangkut – Seterusnya, barang-barang di dalam lori akan dihantar ke destinasi dan lokasi oleh pemandu lori kami yang berpengalaman.
- Pemunggahan – Di rumah baru anda, kami akan memunggahkan barang-barang anda dari lori ke tempat yang telah ditetapkan. Jika diperlukan, kami sedia membantu untuk mengeluarkan barang-barang daripada kotak dan memasangnya di rumah baru anda.
Mengapa Kami
MKR adalah pakar dalam memberikan perkhidmatan pakej pemindahan yang mudah dan murah untuk memenuhi keperluan khusus anda. Sama ada anda mahu berpindah ke jarak yang dekat ataupun jarak yang jauh, anda boleh bergantung kepada kami untuk menyediakan servis pemindahan rumah dan/atau servis pemindahan pejabat yang terbaik kepada anda. Anda cuma perlu memberitahu kami apa keperluan anda dan kami akan menyelesaikan segalanya untuk anda. Hubungilah kami dengan telefon atau hantarkan emel untuk mendapatkan sebutharga secara percuma sekarang.